Duyung
Digambarkan sebagai makhluk yang hidup di dalam air. Berbadan manusia tetapi berekor ikan. Selalunya berjantina betina dan berwajah cantik atau rupawan.Dikatakan zaman dahulu ada nelayan yang terserempak atau tertangkap di jiran. Menjadi cerita utama penglipur lara menyatakan ada kisah cinta antara duyung dan manusia.
Hikayat Sang Kancil
Ini antara yang popular dan telah dikomersilkan dalam bentuk visual pada zaman moden (1980an). Hikayat Sang Kancil yang mengandungi kira-kira 20 cerita. Cerita ini mengisahkan mengenai sang kancil yang memperdayakan binatang lebih besar yang bersifat sombong dengan menggunakan kebijaksanaan yang ada padanya. Cerita binatang tujuannya bukan sekadar untuk menghibur tetapi juga untuk memberi pengajaran yang baik supaya dapat diambil oleh para pembacanya. Ajaibnya penglipur lara akan mengatakan sang kancil ini boleh bercakap seperti manusia biasa.
Naga Tasik Cini
Lagenda Tasik Chini Mengikut lagenda Orang Asli, tasik misteri ini didiami oleh seekor naga iaitu Naga Sri Gumum yang bersisik besi. Ada yang juga merujuk naga ini sebagai gergasi Loch Ness di Malaysia. Malah, kawasan tasik yang berbukit-bukau turut dikatakan menyerupai bahagian belakang seekor naga. Walaupun terdapat beberapa laporan kemunculan naga ini dari semasa ke semasa, namun semuanya tidak pernah dibuktikan secara saintifik.
Comments
Post a Comment